JOHOR BAHRU – Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim meminta 56 buah stesen radio di negara
ini termasuk 22 buah stesen radio swasta mengambil peranan dalam menyemarakkan
penggunaan bahasa kebangsaan.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0221/Kosmo/Negara/ne_10.1.jpg)
Beliau kesal kerana masih banyak stesen radio
tidak mengambil berat tentang aspek penggunaan bahasa Melayu dengan betul
menyebabkan pendengar terdedah dengan bahasa rojak dan slanga.
“Kita pohon (stesen radio) supaya jangan
hanya guna bahasa kebangsaan lantaran didesak atau diarah berbuat demikian.
“Sepatutnya stesen televisyen dan radio
termasuk swasta memainkan peranan ulung dalam memajukan bahasa kebangsaan
dengan penggunaan yang betul dan menarik kepada pendengar,” katanya.
No comments:
Post a Comment